Gunakan SOS untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan pada iPhone anda
Dalam kes kecemasan, gunakan iPhone anda untuk memanggil bantuan, berkongsi ID Perubatan anda, serta memberi amaran kepada kenalan kecemasan anda dengan cepat dan mudah (sekiranya perkhidmatan selular tersedia).
Jika rangkaian selular pembawa anda tidak tersedia, iPhone memaparkan
dan mencuba menghalakan sebarang panggilan kecemasan menerusi rangkaian lain, jika tersedia.
Pada model disokong, anda juga mungkin boleh menghubungi perkhidmatan kecemasan melalui satelit
jika rangkaian selular tidak tersedia. SOS Kecemasan melalui satelit tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Gunakan SOS Kecemasan melalui satelit pada iPhone anda.
Penting: Jika panggilan kecemasan telah dibuat dan anda tidak memerlukan perkhidmatan kecemasan, jangan putuskan panggilan. Tunggu sehingga penindak menjawab, kemudian terangkan bahawa anda tidak memerlukan bantuan.
Hubungi perkhidmatan kecemasan dengan cepat (semua negara atau rantau kecuali India)
Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan secara serentak sehingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat, kemudian lepaskan butang.
Atau, anda boleh mendayakan iPhone untuk memulakan SOS Kecemasan apabila anda menekan butang sisi lima kali dengan cepat. Pergi ke Seting
> SOS Kecemasan, kemudian aktifkan Hubungi dengan Tekan 5 Kali.

Selepas panggilan kecemasan tamat, iPhone anda memberikan isyarat kecemasan dengan mesej teks, melainkan anda memilih untuk membatalkan. iPhone anda menghantar lokasi semasa anda (jika tersedia) dan—untuk sementara waktu selepas anda masuk mod SOS—kenalan kecemasan anda menerima kemas kini apabila lokasi anda bertukar.
Hubungi perkhidmatan kecemasan dengan cepat (India)
Tekan butang sisi tiga kali dengan cepat hingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat.
Jika anda telah mengaktifkan Pintasan Kebolehcapaian, tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan secara serentak sehingga gelangsar kelihatan dan kira detik pada SOS Kecemasan tamat, kemudian lepaskan butang.
Secara lalai, iPhone memainkan bunyi amaran, memulakan kira detik, kemudian memanggil perkhidmatan kecemasan.
Selepas panggilan kecemasan tamat, iPhone anda memberikan isyarat kecemasan dengan mesej teks, melainkan anda memilih untuk membatalkan. iPhone anda menghantar lokasi semasa anda (jika tersedia) dan—untuk sementara waktu selepas anda masuk mod SOS—kenalan kecemasan anda menerima kemas kini apabila lokasi anda bertukar.
Dail nombor kecemasan apabila iPhone anda dikunci
Pada skrin Kod Laluan, ketik Kecemasan.
Dail nombor kecemasan (contohnya, 911 di A.S.), kemudian ketik
.
Hantar Mesej Perkhidmatan Kecemasan (tidak tersedia di semua negara atau rantau)
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.Dalam medan Kepada, taipkan 999 atau nombor perkhidmatan kecemasan setempat anda.
Taip kecemasan anda.
Ketik butang Hantar.
Kongsi video langsung atau foto sedia ada dengan perkhidmatan kecemasan (tidak tersedia di semua negara atau rantau)
Jika diminta oleh perkhidmatan kecemasan, anda boleh menggunakan Video Langsung SOS Kecemasan untuk strim video langsung atau memuat naik foto dan video sedia ada ke perkhidmatan kecemasan.
Nota: Perkhidmatan kecemasan boleh mengekalkan salinan video langsung yang anda strim dan menyimpan sebarang video atau foto yang anda kongsikan.

Jika anda mendapat permintaan untuk berkongsi video atau foto semasa dalam panggilan perkhidmatan kecemasan, lakukan mana-mana yang berikut:
Kongsi video langsung: Ketik Kongsi semasa digesa untuk mula menstrim video langsung ke perkhidmatan kecemasan. Anda boleh menjeda atau memulakan semula perkongsian pada bila-bila masa dengan mengetik butang Kongsi. Anda boleh berhenti berkongsi pada bila-bila masa dengan mengetik
dan kemudian mengetik Henti Berkongsi Kamera atau Tamatkan Panggilan.Kongsi foto atau video sedia ada: Ketik pilih apabila digesa, kemudian pilih foto atau video yang anda mahu hantarkan ke perkhidmatan kecemasan.
Tolak: Ketik Bukan Sekarang apabila digesa jika anda tidak mahu berkongsi video atau foto dengan perkhidmatan kecemasan.
Nota: Video Langsung SOS Kecemasan tersedia pada iPhone 14 atau lebih baharu, tertakluk kepada pengehadan peranti dan mungkin tidak tersedia dalam semua situasi.
Tukar seting SOS Kecemasan anda
Pergi ke Seting
> SOS Kecemasan pada iPhone anda.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan “Panggilan dengan Tahan dan Lepas”: Tahan dan lepaskan butang sisi serta kelantangan untuk memulakan kira detik bagi memanggil perkhidmatan kecemasan.
Aktifkan atau nyahaktifkan “Hubungi dengan Tekan 5 Kali”: Tekan butang sisi lima kali dengan laju untuk memulakan kira detik untuk memanggil perkhidmatan kecemasan.
Urus kenalan kecemasan anda: Dalam Kesihatan, ketik Sediakan Kenalan Kecemasan atau Edit Kenalan Kecemasan. Lihat Sediakan dan lihat ID Perubatan anda.
Maklumat penting tentang panggilan kecemasan pada iPhone
Sesetengah rangkaian selular mungkin tidak menerima panggilan kecemasan daripada iPhone jika iPhone tidak diaktifkan, jika iPhone tidak serasi dengan atau dikonfigurasikan untuk beroperasi pada rangkaian selular yang khusus, atau (bila perlu) jika iPhone tidak mempunyai kad SIM atau kad SIM dikunci dengan PIN.
Di sesetengah negara atau rantau, maklumat lokasi anda (jika boleh ditentukan) boleh diakses oleh penyedia perkhidmatan kecemasan apabila anda membuat panggilan kecemasan.
Semak maklumat panggilan kecemasan pembawa anda untuk memahami had panggilan kecemasan melalui Wi-Fi.
Dengan CDMA, apabila panggilan kecemasan tamat, iPhone memasuki mod panggilan kecemasan untuk membenarkan panggilan kembali daripada perkhidmatan kecemasan. Semasa dalam mod ini, transmisi data dan mesej teks disekat.
Selepas membuat panggilan kecemasan, sesetengah ciri panggilan yang menyekat atau menyenyapkan panggilan masuk mungkin dinyahdayakan untuk tempoh masa yang singkat untuk membenarkan panggilan balik daripada perkhidmatan kecemasan. Ciri ini termasuk Jangan Ganggu, Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali dan Masa Skrin.
Pada iPhone dengan Dwi SIM, jika anda tidak mengaktifkan Panggilan Wi-Fi untuk talian, sebarang panggilan telefon yang masuk pada talian tersebut (termasuk panggilan daripada perkhidmatan kecemasan) pergi terus ke mel suara (jika tersedia untuk pembawa anda) apabila talian lain sedang digunakan; anda tidak akan menerima pemberitahuan panggilan tidak dijawab.
Jika anda menyediakan pemajuan panggilan bersyarat (jika tersedia daripada pembawa anda) daripada satu talian ke talian yang lain apabila talian sedang sibuk atau tiada dalam perkhidmatan, talian tidak pergi ke mel suara; hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat persediaan.
Apabila menggunakan iPhone dengan penyambung USB-C dan aksesori yang serasi, pemindahan data melalui sambungan USB 3 dan DisplayPort tidak tersedia selepas sesi kecemasan (panggilan atau teks) telah dimulakan dan kekal tidak tersedia hingga lima minit selepas sesi tamat. Masa ini berbeza mengikut negara atau rantau. Untuk terus menggunakan aksesori anda, putuskan sambungan dan sambungkan semula peranti selepas tempoh ini. Pengecasan tidak terjejas dan akan terus berfungsi.